Nuffnang Ads

Tekan disini untuk menempah pesanan anda

Tekan disini untuk menempah pesanan anda
Mulakan bicara anda dengan memberi salam

Friday, January 27, 2012

Dapur Lynda ~ Tempahan Minggu ke 4 di Hari Kelahiranku

27 January 2012, Jumaat.. Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia, Jumaat penghulu hari & Jumaat yg memberi rezeki.. Amin.. amin.. Syukur alhamdulillah.. Hari ni merupakan ulangtahun kelahiran saya yg ke 35 tahun. Terima kasih kepada Mak ( Che Siha Abd Aziz ) yg melahirkan, jasa & bakti Mak tidak akan dilupakan, along sayang Mak.

Hari berganti hari bulan berganti bulan, cepat sungguh masa berlalu, sudah bertambah setahun lagi usiaku. Banyak pengalaman pahit manis kehidupan yg telah dilalui, semoga itu semua memberi pengajaran & pengalaman yg tidak dapat dilupakan dalam hidupku ini. 

" Ya Allah.. Kau ampunkan segala dosaku, dosa suamiku, dosa ibu bapaku & dosa seluruh ahli keluargaku, Ya Allah Kau limpahkanku rezeki yg halal & diberkati, Ya Allah, Kau berikanku kesihatan yg sempurna dalam menjalani kehidupan seharian & sentiasa beramal kepadaMu Ya Allah, Ya Allah Kau kurniakanlah aku zuriat penyambung keturunanku Ya Allah, Ya Allah Kau berkatilah usiaku ini Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku di dunia & akhirat Ya Allah, amin.. amin.. Ya Rabbal alamin.."

Kepada Mr Hubby yg mengirimkan pesanan di handphone semalam, terima kasih atas ingatan dari Abang.. Lin tak minta cincin berlian, Lin tak minta rumah banglo tepi laut, Lin tak minta Ferrari merah.. cuma Lin perlukan lebih perhatian, kasih sayang dari Abang..

Terima kasih juga kepada Ayah, adik-adikku, ipar duai, anak buah, sepupu & juga teman teman di  Facebook yg tidak pernah lupa untuk mendoakan di hari kelahiran saya. Hati saya jadi sebak bila membaca segala mesej yg dihantar melalui handphone mahupun mesej di FB. Terima kasih semoga anda semua akan sentiasa dirahmati Allah hendaknya, amin..

Masa untuk berbisnez pula, tempahan sudah siap untuk dihantar kepada yg menempah..
Tempahan 150biji Apam Polkadot & Apam Bercorak daripada staff The Store, PJ untuk dihantar esok. Terima kasih banyak..
Tempahan 400biji Apam Polkadot & Apam Bercorak yg diterima daripada staff MARA, Kuala Lumpur. Terima kasih banyak.
Tempahan Apam bercorak tanpa inti yg diterima daripada teman sepejabat adik saya di The Store, PJ. Terima kasih, sudi-sudi order lagi.
Alhamdulillah, siap sudah tempahan 450biji Apam Polkadot & Apam Bercorak untuk dihantar hari ni.


Terima kasih kepada yg menempah. Sudi-sudilah oder lagi & harap berpuas hati.
Ingin menempah Kek, Biskut, Muffin, Apam PolkaDot..
Hubungi : 019 3713983, 010 7804561 email : aslindahmad77@gmail.com
Saya pasti tidak  akan mengecewakan anda. Insya Allah.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih... sudi sudilah singgah lagi

Terima Kasih... sudi sudilah singgah lagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger

cutestblog