Nuffnang Ads

Tekan disini untuk menempah pesanan anda

Tekan disini untuk menempah pesanan anda
Mulakan bicara anda dengan memberi salam

Wednesday, September 28, 2011

Dapur Lynda ~ Tempahan

24 September 2011, Sabtu.. Pertemuan yg sungguh menyentuh perasaanku. Macam jejak kasih plak rasanya. Bertemu semula dengan rakan baik yg 19tahun tidak bertegur sapa. Walaupun kami tinggal di satu kawasan yg sama. Puncanya perpisahan.. Biarlah rahsia ( mcm Dato' CT plak ). Hanya kerana kek karemel yg menyatukan kembali persahabatan kami. Moment yg tidak dapat saya lupakan. Normah datang ambil tempahan kek dari saya. Terima kasih.. Sudi-sudilah order lagi.

Di rumah lepas zohor bersiap untuk membakar lagi satu kek karemel tempahan dari sahabat FB. Ramai betul peminat kek karemel ni. Sedap tu yg orang tercari-cari.
Sementara menunggu kek masak, saya menyediakan pula bahan-bahan untuk membuat apam polka dot, untuk dijamu pada jiran tetangga. Inilah tempahan yg telah siap untuk dihantar esok.
Ingin menempah Kek, Biskut, Muffin, Apam.. Hubungi
0193713983, email : aslindahmad77@gmail.com, inbox di FB saya.
Saya pasti tidak akan mengecewakan anda.. Insya Allah..


27 September 2011, Selasa, terima mesej di HP dari pelanggan kek karemel..
" Salam kak.. Kek & apam tu sdp sgt, family sya semua suke, nti nak oder lg sya msg kak " Terima kasih daun keladi, sudi-sudilah order lagi..

Saturday, September 24, 2011

Dapur Lynda ~ Tempahan

22 September 2011, Khamis, Assalamualaikum semua.. ingatkan hari ni nak balik awal sebab nak siapkan tempahan apam polka dot 250 biji, barang-barang semua dah letak dalam kereta, start enjin dia bunyi tik tik tik, aduhai apasal plak ni, try lagi masih sama juga, call Mr Hubby suh datang tengokkan kereta ni. Nasib baik Mr Hubby tak sibuk. Masuk balik dalam kedai tunggu Mr Hubby datang. Sambil tu call ayah tanya kenapa. Ayah kata mungkin bateri kong. Mr Hubby sampai dia tengok terus ke kedai jual bateri kereta & terus pasang. Alhamdulillah dah ok. Siap-siap terus balik & Mr Hubby pergi kerja semula.

Sampai dirumah keluarkan semua bahan-bahan. Untuk berbuka malam ni Mr Hubby beli aje di pasar malam BTR, Cheras. Tak sempat la nak masak. Buat kerja seorang, nasib baik Adibah balik kerja awal boleh juga tolong.
Tempahan yg telah siap. Ditempah oleh jiran depan rumah mak di Sungai Buaya, Rawang untuk open house pada Sabtu ni sebanyak 200 biji. Satu lagi tempahan diterima dari kawan sepejabat makcik saya di Wangsa Maju sebanyak 50 biji. Pelbagai filling ( oren, blueberry, strawberry & dragon fruit )

23 September 2011, Jumaat, banyak sungguh kerja yang menanti hari ni. Perlu hantar tempahan di dua tempat, perlu ke rumah sewa bayar duit servis, perlu membeli belah lagi barangan bakery & perlu siapkan lagi tempahan kek karemel untuk dihantar esok hari. Tapi syukur kepada ALLAH kerana murahkan rezekiku.
Permukaan bawah kek yg cantik
Caramel Cake yg telah siap
Tempahan yg perlu dihantar
 Setelah dipost di Facebook saya menerima tempahan dari rakan sekolah lama yg lebih 15tahun tidak bertemu. Sambil menunggu kek masak, saya online jengguk FB singgah tengok blog, terima mesej dari FB untuk tempahan lagi kek karemel. Ramai juga peminat kek ni. Alhamdullillah. 


Ingin menempah Kek, Biskut, Muffin, Apam...
Hubungi : 0193713983, email : aslindahmad77@gmail.com, inbox di FB
Saya pasti tidak akan mengecewakan anda.. Insya Allah..

Terima Kasih... sudi sudilah singgah lagi

Terima Kasih... sudi sudilah singgah lagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger

cutestblog