Nuffnang Ads

Peace be upon you

Peace be upon you

Thursday, September 22, 2011

1st Try ~ Caramel Cake

Assalamualaikum.. 
21 September 2011, Rabu.. hmmm rasanya petang ni saya ingin mencuba resepi baru. Dah lama mencari resepi kek ni tapi tak tau nak minta siapa. Saya meminati sebuah blog iaitu http://fromintankitchen.blogspot.com ada saja resepi-resepi yg menarik minat saya untuk mencuba. Kak Ita beri penerangan yg cukup detail. Langkah demi langkah. Bahan semua saya dah sediakan sekarang masa untuk mencuba. Dah tak sabar ni nak rasa, orang kata sedap sangat tu yg nak try tu.

Lepas maghrib saya mula mengadun kek step by step ( macam lagu NKOTB plak ), KEK KAREMEL, penat juga mengacau adunan menggunakan spatula, lenguh juga lah tangan ni.
Kek yg siap diadun
Inilah rupa kek yg telah siap untuk dibakar secara stem bath selama 1jam. Saya menggunakan warna yg terang & menarik minat untuk memakannya. Tak sabar rasanya nak tunggu kek ni masak nak disejukkan baru boleh dimakan. Esoklah jawabnya baru boleh rasa. Sabar jelah.
Kek yg sudah masak
Kek yg telah masak, permukaan bawah kek, cantikkan.. Kek ini perlu diterbalikkan.
Kek Karemel
Inilah rupa kek yg sudah dikeluarkan dari loyang & diterbalikkan. Tengoklah jalur-jalur pelangi dalam kek tersebut. Menarik tetarik kau memang the sedap woo.
Kek Karemel
Sekeping kek karemel yg telah siap untuk dimakan. Sedap, lembut, telan aje hilang tak tersekat-sekat di tekak. Terlagi-lagi nak makan. Mau habis sebiji kek seorang ni.

Ingin menempah kek, biskut, muffin, apam....
Hubungi : 0193713983, email : aslindahmad77@gmail.com
Saya pasti tidak akan mengecewakan anda.. Insya Allah..

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih... sudi sudilah singgah lagi

Terima Kasih... sudi sudilah singgah lagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cutestblog