Nuffnang Ads

Peace be upon you

Peace be upon you

Monday, April 18, 2011

Dapur Lynda

Tart Nenas
Tart Nenas
Tart Nenas adalah dari resipi mak saya sendiri. 10 tahun lalu mak saya berniaga biskut raya setiap bulan ramadhan. Antara biskut raya yg dibuat ialah London Almond, Samperit / Dahlia, Biskut Kacang, Sarang Semut. Tak menang tangan dibuatnya setiap hari permintaan bertambah. Ada juga biskut raya buatan tangan mak saya sudah sampai ke London & Jepun. Permintaan pelanggan itu nak hasil tangan mak saya juga. Pendapatan bersih 1 bulan sahaja setelah di tolak modal lebih kurang RM10k. Sungguh lumayan. Saya yg membantu. Jadi sekarang saya menyambung tradisi mak saya sendiri.


17 April 2011 iaitu semalam saya telah menghadirkan diri ke kelas muffin Ida Shops di Gurney Height www.merpati66.blogspot

Untuk mempelajari teknik-teknik & tip yang betul untuk membuat muffin yang sedap. Itu yang penting sebenarnya. Mudah saja. Bahan pun tidak banyak yang diperlukan. Dua jenis muffin yang diajar iaitu Muffin Bread & Muffin Cake. Tak tahu pula ada 2 jenis muffin. Itulah kalau tidak belajar kita tidak tahu. Betul tak??
Muffin
Ini adalah hasil yang diajar iaitu 4 jenis muffin. Muffin Oreo, Muffin Blueberry, Muffin Pandan & Chocolate Chip Muffin.

Ingin menempah Kek, Biskut, Muffin, Apam!!
Hubungi : 019 3713983, email : aslindahmad77@gmail.com

Saturday, April 16, 2011

Dapur Lynda

Carrot Cheese Cake
Prune Cake
inside Prune Cake
Sebelum saya memulakan bisnez ini saya terlebih dahulu mengikuti kelas kek di Hearty Ingredient, Tasik Permaisuri yg diajar oleh Chef Fauziah pada 23 Jun 2010. Secara demo, Chef ajar 4 jenis kek iaitu kek pisang, kek carrot, kek prune & kek coklat. Kek -kek yg diajar amat mudah & semestinya sedap. Tanpa berlengah lagi, esoknya saya cuba membuatnya & hasilnya menjadi. Lalu dikirimkan kepada ayah, emak & adik-adik saya untuk merasa & komen kek yang dibuat.

Saya buat lagi kek tersebut untuk dibawa ke pejabat Mak Su saya sebagai percubaan. Nak test market la katakan. Alhamdulillah mereka menyukainya & terus menerima tempahan. Tiap-tiap minggu ( setiap hari Jumaat ) saya menghantar pesanan ke pejabat Mak Su di ITNM Wangsa Maju. Itu yang membuatkan saya lebih yakin untuk memulakan bisnez ini. Carrot Cheese Cake & Prune Cake yang paling disukai oleh warga ITNM.

Seluruh ahli keluarga saya memang suka makan kek. Terutama anak-anak buah. Kalau makan kek tu macam makan nasi. Sedaplah kek ummi buat kata anak-anak buahku. Setiap kali birthday atau apa-apa acara keluarga saya suka menghadiahkan kek buatan sendiri. Jimatlah sikit dari beli ' Secret Recipe '.
Carrot Cheese Cake
Saya masih baru dalam bisnez kek ini maka banyak lagi yang perlu saya belajar. Tapi alhamdulillah masih ramai juga teman-teman yang membuat tempahan sebelum ini. Terima kasih atas sokongan kalian.


Pada 16 Oktober 2010, sekali lagi saya menghadirkan diri ke kelas Chef Fauziah di tempat yg sama. Kelas pagi Chef mengajar cara membuat kek kukus antaranya ialah Steam Chocolate Cake, Nestum California Steam Cake & Kek Gula Hangus. Sebelah petang pula Chef mengajar membuat Chocolate Banana Cake, Tiramisu Cake, Cotton Cheese Cake & Strawberry Cheese Cake. Resipi ini ala-ala 'Secret Recipe' volume 1.
Chocolate Banana Cake
Ini adalah kek yg dibuat selepas menghadiri kelas Chef Fauziah. Butter cream tu saya cuba sendiri cari dalam buku. Oklah untuk di jamuan birthday anak buah, Aiman Farhan & Aina Batrisyia (twin)
Moist Chocolate Cake with edible image Ben10
Saya pantang jumpa buku resipi kek / biskut, mahupun resipi-resipi baru di internet saya terus mencubanya dan hasilnya menjadi. Itu yang menbuatkan koleksi kek saya bertambah  Jika ada kelas-kelas yg diadakan oleh pihak bakeri saya akan cuba menghadiri untuk menambah ilmu lagi bagi memantapkan skill saya.
Chocolate chip cup cake
Vanila Cup Cakes
Sambil berwindow shopping saya masuk ke kedai buku MPH, terjumpa sebuah buku bertajuk ' Kek Cawan ' tulisan Lynn Hassan. www.mysugarclass.com  Kek cawan atau Cup cake semakin popular di Malaysia. Bukan sahaja ia sedap & cantik tetapi ianya juga boleh menjana pendapatan. Sebenarnya, kek cawan mudah dibuat jika betul resipinya. Tidak renyah, tidak mahal & yg paling penting kita suka melakukannya. Percubaan saya yg pertama menjadi tanpa ragu-ragu saya sudi untuk menerima tempahan.
 
Ini adalah cup cake pertama yg ditempah oleh kawan pakcik saya. Terima kasih aunty Azleen dari Seri Kembangan

Apam polka dot.. pelbagai filling ( blueberry, strawberry, kiwi, oren, lemon, peanut butter, coklat ) & pelbagai warna boleh ditempah mengikut tema / permintaaan pelanggan. Sesuai untuk semua jenis majlis / keraian mahupun hidangan minum petang. Saiz cup sama seperti papercup London Almond. Apam ini tahan 3 hari pada suhu bilik & 2 minggu jika disimpan dalam peti sejuk ( kukus semula selama 5 minit sebelum di makan )
Apam polka dot
Hai kawan-kawan tak kan tengok aje kot, tak nak cuba ke? Sedap-sedap tau kek yg linda buat.
Ingin menempah Kek, Biskut, Muffin, Apam..
Hubungi saya : 019 3713983, email : aslindahmad77@gmail.com

Terima Kasih... sudi sudilah singgah lagi

Terima Kasih... sudi sudilah singgah lagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cutestblog