Nuffnang Ads

Peace be upon you

Peace be upon you

Tuesday, January 31, 2012

Dapur Lynda ~ Tempahan Minggu ke 5

Assalamualaikum & Salam sejahtera kepada semua.. Cepat sungguh masa berlalu, hari ni kita sudah berada di penghujung January, berlalu sudah hari kelahiranku..


31 January 2012, Selasa.. pagi ni cuaca sungguh nyaman. Hujan turun membasahi bumi yg melimpahkan beribu rahmat kepada umat manusia. Bila hujan ni mulalah jalanraya jem macam di gam gam. Rasanya macam sekarang juga nak tukar kereta dari manual ke automatik. Sabar jelah..


Tempahan yg perlu dihantar sudah siap duduk dalam kereta tunggu masa je. Lepas breakfast nasi lemak, kuih karipap & nescafe panas. Syukur dengan nikmat makanan yg sedap, alhamdulillah. Kul 10am gerak ke Medan MARA, Kuala Lumpur menghantar tempahan. Dah selesai ke kedai jual barang bakeri pula untuk membeli stok yg banyak dah habis.


Inilah dia 150biji Apam Bercorak & 100biji Apam Plain ( permintaan customer yg nak kan apam colour ori ) pelbagai inti. Permintaan pelanggan harus diutamakan. Terima kasih..
Di atas ni pula, contoh pembungkusan yg sesuai sebagai hadiah mahupun hantaran pertunangan & perkahwinan. Terdapat 30 biji Apam di dalamnya dihiasi reben. Jika anda berminat boleh hubungi saya. Sedia menerima tempahan.


Terima kasih kepada yg menempah. Sudi-sudilah oder lagi & harap berpuas hati.
Ingin menempah Kek, Biskut, Muffin, Apam PolkaDot..
Hubungi : 019 3713983, 010 7804561 email : aslindahmad77@gmail.com
Saya pasti tidak  akan mengecewakan anda. Insya Allah.

Friday, January 27, 2012

Dapur Lynda ~ Tempahan Minggu ke 4 di Hari Kelahiranku

27 January 2012, Jumaat.. Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia, Jumaat penghulu hari & Jumaat yg memberi rezeki.. Amin.. amin.. Syukur alhamdulillah.. Hari ni merupakan ulangtahun kelahiran saya yg ke 35 tahun. Terima kasih kepada Mak ( Che Siha Abd Aziz ) yg melahirkan, jasa & bakti Mak tidak akan dilupakan, along sayang Mak.

Hari berganti hari bulan berganti bulan, cepat sungguh masa berlalu, sudah bertambah setahun lagi usiaku. Banyak pengalaman pahit manis kehidupan yg telah dilalui, semoga itu semua memberi pengajaran & pengalaman yg tidak dapat dilupakan dalam hidupku ini. 

" Ya Allah.. Kau ampunkan segala dosaku, dosa suamiku, dosa ibu bapaku & dosa seluruh ahli keluargaku, Ya Allah Kau limpahkanku rezeki yg halal & diberkati, Ya Allah, Kau berikanku kesihatan yg sempurna dalam menjalani kehidupan seharian & sentiasa beramal kepadaMu Ya Allah, Ya Allah Kau kurniakanlah aku zuriat penyambung keturunanku Ya Allah, Ya Allah Kau berkatilah usiaku ini Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku di dunia & akhirat Ya Allah, amin.. amin.. Ya Rabbal alamin.."

Kepada Mr Hubby yg mengirimkan pesanan di handphone semalam, terima kasih atas ingatan dari Abang.. Lin tak minta cincin berlian, Lin tak minta rumah banglo tepi laut, Lin tak minta Ferrari merah.. cuma Lin perlukan lebih perhatian, kasih sayang dari Abang..

Terima kasih juga kepada Ayah, adik-adikku, ipar duai, anak buah, sepupu & juga teman teman di  Facebook yg tidak pernah lupa untuk mendoakan di hari kelahiran saya. Hati saya jadi sebak bila membaca segala mesej yg dihantar melalui handphone mahupun mesej di FB. Terima kasih semoga anda semua akan sentiasa dirahmati Allah hendaknya, amin..

Masa untuk berbisnez pula, tempahan sudah siap untuk dihantar kepada yg menempah..
Tempahan 150biji Apam Polkadot & Apam Bercorak daripada staff The Store, PJ untuk dihantar esok. Terima kasih banyak..
Tempahan 400biji Apam Polkadot & Apam Bercorak yg diterima daripada staff MARA, Kuala Lumpur. Terima kasih banyak.
Tempahan Apam bercorak tanpa inti yg diterima daripada teman sepejabat adik saya di The Store, PJ. Terima kasih, sudi-sudi order lagi.
Alhamdulillah, siap sudah tempahan 450biji Apam Polkadot & Apam Bercorak untuk dihantar hari ni.


Terima kasih kepada yg menempah. Sudi-sudilah oder lagi & harap berpuas hati.
Ingin menempah Kek, Biskut, Muffin, Apam PolkaDot..
Hubungi : 019 3713983, 010 7804561 email : aslindahmad77@gmail.com
Saya pasti tidak  akan mengecewakan anda. Insya Allah.

Wednesday, January 25, 2012

Dapur Lynda ~ Tempahan Minggu ke 4

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia kepada semua pengunjung blog saya.. Bagaimana cuti yg panjang anda?? Seronok tak mengisi masa cuti bersama keluarga.. Pasti banyak kenangan manis.. Saya hanya bercuti di rumah mak ayah di Rawang, makan bersama-sama, berjalan-jalan ke shopping mall sambil window shopping jer.. menghabiskan masa..

25 January 2012, Rabu.. Hari ni sudah mula bekerja setelah 5 hari bercuti.. saya tak cuti sebenarnya sebab banyak tempahan yg nak disiapkan. Malam tadi siap sudah 250biji tempahan Apam Bercorak. Buat kerja sorang sorang dari jam 5pm hingga jam 1am baru siap semuanya. Aduh penatnya.. di akhir penat tu adalah saat-saat yg menyedihkan.. saya hanya minta pertolongan sedikit tapi......
 Tempahan 100biji Apam Bercorak daripada Puan NurDinna, Merlimau, Melaka. Pagi tadi sudah di pos laju. Insya Allah esok sampai pada Puan penerima, terima kasih.
Ini pula adalah tempahan dari staff MARA, Kuala Lumpur. 150biji Apam Bercorak tanpa inti. Penghantaran terus ke pejabat MARA sudah di buat pagi tadi. Terima kasih juga kepada agen saya.


Terima kasih kepada yg menempah. Sudi-sudilah oder lagi & harap berpuas hati.
Ingin menempah Kek, Biskut, Muffin, Apam PolkaDot..
Hubungi : 019 3713983, 010 7804561 email : aslindahmad77@gmail.com
Saya pasti tidak  akan mengecewakan anda. Insya Allah.

Saturday, January 21, 2012

Dapur Lynda ~ Tempahan Minggu ke 3

21 January 2012, Sabtu.. Baru aje selesai menyiapkan tempahan untuk di ambil esok. Apam bercorak tanpa inti & moist chocolate cake yg ditempah oleh sepupu saya, Ayuni Mohamed untuk sambutan birthday anak buahnya, Nur Rasya Aqilah Rosdi. Umi Lynda ucapkan happy birthday Aqilah semoga menjadi anak solehah yg sentiasa berbakti kepada ibu & ayah..
Moist Choc Cake with edible image
Ini pula tempahan Apam Bercorak daripada adik saya, Adibah Ahmad, untuk diberi kepada ofismatenya sebagai hadiah birthday..
20 January 2012, Jumaat, selepas hantar adik saya pergi bekerja saya terus ke Medan MARA menghantar tempahan 450biji apam pelbagai versi & pelbagai inti daripada staff MARA, Kuala Lumpur.. ada yg saya tolak tempahan sebab saya tak cukup kakitangan untuk membuatnya, harap maaf ya lain kali boleh tempah lagi.. 
Order drpd Puan Sapiah
Alhamdulillah.. rezeki pagi Jumaat.. Selesai collect duit jualan saya terus balik Rawang, hantar tempahan 50biji apam angry bird's daripada adik saya, Asdalina Ahmad untuk pelanggan Perodua, Rawang.. terima kasih..
19 January 2012, Rabu.. Sambutan hangat daripada staff MARA selepas diperkenalkan apam ladybird oleh sepupu saya semalam.. 300 biji Apam Bercorak pelbagai inti.. alhamdulillah.. terima kasih..
18 January 2012, Selasa.. Apam Bercorak ini ditempah oleh sepupu saya, Ayuni Mohamed berinti coklat, dihantar terus ke pejabatnya di Medan MARA, KL..terima kasih..
Dibawah ini antara koleksi Apam Bercorak, apam celoreng / apam zigzag.. Jika ada sesiapa nak tempah corak begini pun boleh juga.. Pilihan ditangan anda.. Intinya pun boleh dipilih ikut citarasa anda..
Jika ada yg ingin menempah apam bersaiz besar pun boleh juga.. Disini saya tunjukkan perbezaan antara saiz S & saiz M.. Perbezaan saiz bermakna bertambah sedikit harganya.. Pilihan ditangan anda..
Terima kasih kepada yg menempah. Sudi-sudilah oder lagi & harap berpuas hati.
Ingin menempah Kek, Biskut, Muffin, Apam PolkaDot..
Hubungi : 019 3713983, 010 7804561 email : aslindahmad77@gmail.com
Saya pasti tidak  akan mengecewakan anda. Insya Allah.

Tuesday, January 17, 2012

Dapur Lynda ~ Tempahan Minggu ke 2

15 January 2012, Ahad.. Siap sudah 300biji Apam Polkadot & Apam bercorak yg ditempah oleh pelawat blog saya dari Kajang, Selangor.. ( minta maaf ya Puan saya lupa nak tanya nama siapa ).. Terima kasih.. Sudi-sudilah order lagi.. Apam polkadot, apam lady bird's, apam angry bird's & apam bee's berinti coklat, strawberi & blueberi..
Apam pelbagai versi siap untuk dihantar
03 January 2012, Selasa.. Carrot Cheese Cake tempahan kawan adik saya Nur Munirah Ibrahim, pelajar UNISEL Bestari Jaya, Selangor.. Terima kasih..
Carrot Cheese Cake saiz 7"
Terima kasih kepada yg menempah. Sudi-sudilah oder lagi & harap berpuas hati.
Ingin menempah Kek, Biskut, Muffin, Apam PolkaDot..
Hubungi : 019 3713983, email : aslindahmad77@gmail.com
Saya pasti tidak  akan mengecewakan anda. Insya Allah.

Sunday, January 1, 2012

Dapur Lynda ~ Selamat Datang 2012

01 January 2012, Ahad.. Assalamualaikum & selamat tahun baru.. 
Hari berganti hari bulan berganti bulan tahu-tahu sahaja dah masuk tahun baru. Cepatnya masa berlalu. Rasanya masih ada yg belum dibuat lagi. 2011 adalah tahun yg penuh kenangan pahit manis suka duka kehidupan. Sekarang semuanya hanya tinggal catatan dalam diary sebagai kenangan.

Tahun sudah bertukar, kehidupan harus diteruskan. Semoga tahun ini akan dilimpahkan rezeki yg diberkati, semoga beroleh keberkatan dalam menjalani kehidupan yg akan datang & semoga doa-doaku dimakbulkan.. Amin..amin..

Tidak lupa juga happy birthday untuk pakcik saya Abdul Halim Abdul Aziz, semoga diberikan sihat & ceria selalu disamping keluarga tersayang. Tidak lupa juga untuk anak buah saya Harith Nabil Hasbullah yg ke 6 tahun, semoga menjadi anak yg soleh yg berbakti kepada mama abah. Amin..amin..
Inilah dia tempahan di hari pertama tahun 2012. Semoga rezekiku akan terus bertambah dalam tahun ini. Amin.. amin..
Tempahan 50biji Apam Bercorak yg diterima daripada pelawat blog bernama Ayu dari Flat Sri Sabah, Cheras untuk hantaran. Terima kasih..
Terima kasih kepada yg menempah. Sudi-sudilah oder lagi & harap berpuas hati.
Ingin menempah Kek, Biskut, Muffin, Apam PolkaDot..
Hubungi : 019 3713983 email : aslindahmad77@gmail.com
Saya pasti tidak  akan mengecewakan anda. Insya Allah.

Terima Kasih... sudi sudilah singgah lagi

Terima Kasih... sudi sudilah singgah lagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cutestblog