Nuffnang Ads

Peace be upon you

Peace be upon you

Tuesday, November 29, 2011

Dapur Lynda ~ Tempahan Apam PolkaDot


28 November 2011, Isnin, cuti ganti sempena Awal Muharram. Pagi ni ke Bukit Jalil hantar tempahan Apam PolkaDot daripada regular customer saya Puan Azleen Abu Bakar. Terima kasih.
Ingin menempah Kek, Biskut, Muffin, Apam PolkaDot..
Hubungi : 0193713983
Saya pasti tidak  akan mengecewakan anda. Insya Allah.

Saturday, November 26, 2011

Dapur Lynda ~ Tempahan Apam PolkaDot

26 November 2011, Sabtu.. Tempahan yg akan dihantar petang ni di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras. Tempahan 100biji Apam PolkaDot versi Lady Bird's daripada Puan Ros. Terima kasih..
25 November 2011, Jumaat.. Assalamualaikum.. Macam dah lama sangat tak update blog, padahal baru seminggu aje ditinggalkan. Sibuk dengan renovate kedai, sibuk dengan bisnez dirumah. Selagi belum tutup mata macam inilah kehidupan harus diteruskan. Tempahan perlu siap.
Tempahan 200 biji Apam PolkaDot daripada Nora untuk sambutan Hari Lahir anaknya Ahad ini. Parcel dihantar hari Jumaat semoga esok sampai di tangan penerima. Terima kasih Nora..

24 November 2011, Khamis, 125biji tempahan Apam PolkaDot daripada Hasbullah ( adik ipar ) yg bekerja di Koperasi Polis, KL. Terima kasih..
23 November 2011, Rabu, 100 biji tempahan Aunty Azleen Abu Bakar, yg akan dipos esok ke Bandar Penawar, Johor. Terima kasih..
Ingin menempah Kek, Biskut, Muffin, Apam PolkaDot..
Hubungi : 0193713983
Saya pasti tidak  akan mengecewakan anda. Insya Allah.

Saturday, November 19, 2011

Dapur Lynda ~ Tempahan

18 November 2011, Jumaat, hari ni saya cuti kedai tak buka sepatutnya kena balik Sungai Buaya, Rawang tengok mak.. Masak.. buatlah apa yg patut disana.. Ada tempahan yg perlu disiapkan terpaksalah cancel balik sana. Pagi ke Bake with Yen dulu beli barang sikit, breakfast + lunch di Q Bistro, Tasik Permaisuri. Sampai rumah sidai kain baju dulu yg sudah dibasuh sebelum keluar rumah pagi tadi. Online kejap kot-kot ada mesej di laman muka buku. Jam 12 pm baru mula bekerja. Mula-mula buat kek karamel dulu. 1230pm hujan turun lebatnya dengan kilat petir. Takutnya..
Siap sudah kek karamel tempahan daripada Aida teman sepejabat adik saya, esok akan dihantar ke Penara Apartmen, depan rumah saya. Terima kasih..
Ini pula tempahan kek karamel daripada teman sekolah saya Normah Ismail, saiz 10 inci berat 2kg, kek yg belum dideko lagi. Saya tak berapa kreatif nak mendeko. Tangan masih keras. Lagipun belum habis menuntut ilmu mendeko diatas kek. Insya Allah satu hari nanti saya akan ke kelas deko kek plak untuk mantapkan skill..
Hasilnya yg tidak seberapa ini, harap Normah berpuashati ya.. Selamat hari lahir buat anaknya ' Nur Insyira Safiyah ' dari Auntie Linda. Semoga menjadi anak yg solehah dunia akhirat.. Amin..
Ini juga tempahan Normah juga, Apam PolkaDot & Apam bercorak Angry Birds 100 biji. Pelbagai filling. Terima kasih, lebih kurang minta halal ya.. :)
Jam 10pm siap sudah tempahan, siap sedia untuk diambil oleh tuan punya.. Terima kasih sekali lagi.
Ingin menempah Kek, Biskut, Muffin, Apam PolkaDot..
Hubungi : 0193713983, email : aslindahmad77@gmail.com, inbox di FB
Saya pasti tidak  akan mengecewakan anda. Insya Allah.

Wednesday, November 16, 2011

Dapur Lynda ~ Tempahan

Caramel Cake with edible image
16 November 2011, Rabu, baru saja menghantar pesanan kek karemel pada Puan Ema Hussin untuk birthday rakan sepejabatnya. Terima kasih.. Sorilah dah tak surprise sebab saya terlebih dahulu postnya di Facebook. Sori..

Ingin menempah Kek, Biskut, Muffin, Apam PolkaDot..
Hubungi : 0193713983, email : aslindahmad77@gmail.com, inbox di FB
Saya pasti tidak  akan mengecewakan anda. Insya Allah.

Sunday, November 13, 2011

Hujung Minggu ~ Menimba Ilmu

Love Box & Love Chocolate
13 November 2011, Ahad, Assalamualaikum.. Hari ini saya sudah menempah temujanji untuk menghadiri kelas coklat di www.arahchocolate.blogspot.com di Seri Kembangan. Kelas mula jam 10am. Sebelum itu breakfast dulu bersama Mr Hubby di Q Bistro, Tasik Permaisuri, jam 915am baru saya gerak ke sana berbekalkan sekeping peta yg di google.


Sampai je di Jusco Tmn Equine saya call Puan Arah menanyakan alamat rumahnya, lalu dikirimkan sms tepat ke arah rumahnya & alhamdulillah tepat jam 10am saya sampai. Dari Jusco nak ke rumahnya agak jauh. Sampai juga akhirnya. Setelah lama diimpikan nak ke sana. Dah ada 3 orang pelajar yg sudah tiba. Sambil menunggu seorang lagi peserta Puan Arah menerangkan tentang jenis-jenis coklat yg terdapat dipasaran.
Coklat Love Box size S
Coklat Oreo
Coklat oreo bergambar
Coklat pralin
Lolichoc panjang
Antara coklat yg dibuat adalah coklat pralin, coklat box, coklat oreo & coklat loli. Banyak tips yg dipelajari. Coklat ini sesuai untuk sebarang majlis perkahwinan, pertunangan, door gift..

Untuk menempah coklat buatan saya, hubungi 
019 3713983

Saturday, November 12, 2011

Dapur Lynda ~ Tempahan Apam PolkaDot & Kelas Coklat

09 November 2011, Rabu.. 200biji tempahan Apam PolkaDot pelbagai filling telah siap. Tempahan daripada Puan Azleen Abu Bakar yg akan mengambilnya dirumah saya & satu lagi akan dipos ke Lumut. Insya Allah parcel akan sampai keesokkan harinya. Terima kasih kerana tak jemu-jemu membuat tempahan dengan saya.
Ingin menempah Kek, Biskut, Muffin, Apam PolkaDot..
Hubungi : 0193713983, email : aslindahmad77@gmail.com, inbox di FB
Saya pasti tidak  akan mengecewakan anda. Insya Allah.

Friday, November 11, 2011

Terkenang arwah Atok & Tempahan Apam PolkaDot

11 November 2011, Jumaat, Assalamualaikum..

111111.. nombor yg cantik utk diingati, tapi pada saya tiada apa yg istimewa selain pelawat blog saya bertambah ke 3000 pelawat.. Alhamdulillah

Tempahan : 11.11.2011, 50 biji Apam PolkaDot & 50 biji Apam Corak Angrybird
Cik Elise, Kota Damansara

Tuesday, November 8, 2011

Salam AidilAdha & Sepanjang minggu siapkan tempahan

Allahuakbar..Allah..huakbar..Allah..huakbar..Laillahaillahwah..huwallah huakbar..Allahuakbar walillah ilham.. Salam Aidil Adha buat semua. Hari ni 12 Zulhijjah 1432 Hijrah. Ya Allah murahkan rezekiku & berikan aku peluang untuk menunaikan ibadahku di Tanah Sucimu ya Allah..Amin...amin..

Fuhh.. sepanjang minggu ni saya agak sibuk menyiapkan tempahan yg diterima dari teman-teman d laman muka buku.. Alhamdulillah..

02 November 2011, Rabu, 50biji Apam PolkaDot tempahan daripada rakan sepejabat adik saya di Wisma Zelan, Kuala Lumpur. Terima kasih..
03 November 2011, Khamis, 50biji Apam PolkaDot versi Angry Bird's & Bee's tempahan daripada rakan sepejabat adik saya juga di Wisma Zelan. Beliau juga menempah bread pudding yg belum pernah saya buat tapi saya cuba juga mencari resepi & percubaan pertama saya berjaya & rasanya sedap.. So..lepas ni jika ada sesiapa yg ingin menempahnya boleh la saya ambil tempahan.
Tempahan yg sedia utk dihantar
04 November 2011, Jumaat, tempahan 75biji Apam PolkaDot & Caramel Cake daripada rakan sepejabat adik saya di Wisma Zelan. Terima kasih banyak-banyak kerana ulang kali membuat tempahan.
04 November 2011, Jumaat, menerima lagi tempahan daripada rakan sekolah saya sendiri, Narimah, yg teringin Carrot Cheese Cake & Prune Cake.. Terima kasih Ema sudi menempah lagi..
Alhamdulillah.. rezeki di pagi Jumaat, sudah tersedia untuk dihantar kepada penerima..

05 November 2011, Sabtu, hari ni lepas hantar calon belajar memandu saya terus balik rumah menyiapkan lagi tempahan 100biji Apam PolkaDot daripada Puan Azleen Abu Bakar. Terima kasih kerana tidak jemu-jemu menempah. 
Ini pula tempahan Caramel Cake oleh makcik saya sendiri, 
Caramel Cake yg gebu didalam oven 
Jam 230pm gerak ke Bukit Jalil hantar tempahan lepas tu Bangsar pula. Selesai tugasan.. terus gerak balik ke Bandar Sg Buaya, Rawang rumah mak ayah saya untuk beraya disana esok. Ada tugas lagi disana utk menyediakan juadah raya..

Ingin menempah Kek, Biskut, Muffin, Apam PolkaDot..
Hubungi : 0193713983, email : aslindahmad77@gmail.com, inbox di FB
Saya pasti tidak  akan mengecewakan anda. Insya Allah.

Tuesday, November 1, 2011

Dapur Lynda ~ Tempahan Apam PolkaDot

1 November 2011, Selasa, Tarikh yg cantik hari ni. Selamat tinggal Oktober & selamat datang November. Cepat sungguh masa berlalu tak sedar kita dah di penghujung tahun. Assalamualaikum semua.. Apa khabar? Lama tak update blog kerana sibuk sikit dengan tempahan apam polkadot yg terhangat dipasaran & sibuk dengan urusan kehidupan di dunia yg tak akan habis selagi belum tutup mata. Alhamdulillah syukur atas rezeki yg diberi.

31 Oktober 2011, Isnin, pagi lagi dah terima tempahan 50biji apam lagi dari Puan Azleen Abu Bakar, katanya yg semalam dah habis dimakan oleh anaknya, jam 2pm Puan Azleen call nak tambah pesanan lagi 150biji jadi jumlahnya 200bijilah. Ok, esok akan diambil. So malam ni saya perlu siapkan 250biji tempahan, tambahan lagi 50biji dari kawan sepejabat adik saya Adibah Ahmad. Syukur alhamdulillah.
30 Oktober 2011, Ahad, malam tadi terima pesanan Apam 50biji. Hari ni jam 8am dah siap sedia untuk membuatnya. Customer call lagi minta tambahan lagi 50biji jadi jumlahnya 100biji yg perlu disiapkan sebelum kul 11am. Nasib baik tak ikut Mr Hubby pi breakfast kalau tak... tak siap lah order.
Order Puan Azleen Abu Bakar
Fuhh.. selesai siapkan order 100 biji tepat jam 11am untuk Puan Azleen Abu Bakar. Tunggu call dari customer nak ambil dimana. Jam 130pm customer dtg ambil dirumahku.

26 Oktober 2011, Rabu, Hari ni cuti Deepavali, lepas subuh Mr Hubby terima call dari adiknya mengatakan apak sakit kuat minta semua adik beradiknya berkumpul di rumah Kak Pah, aduhai kelam kabut dibuatnya. Jam 830 am keluar ke Bandar Tun Hussein Onn hantar tempahan ke rumah Puan Haliza Hashim. 
Order Puan Haliza Hashim
Selesai.. terus ke Bukit Jalil plak hantar tempahan lagi satu dari Puan Azleen Abu Bakar, janji jam 9am tapi customer sampai jam 10am, aduhai dalam hati ni dok risaukan pak mertua. Tunggula di stesyen LRT tengok orang lalulalang. Apam ni akan dijual di Cafe Upin Ipin Shah Alam.
Order Puan Azleen Abu Bakar
Ingin menempah Kek, Biskut, Muffin, Apam PolkaDot..
Hubungi : 0193713983, email : aslindahmad77@gmail.com, inbox di FB
Saya pasti tidak  akan mengecewakan anda. Insya Allah.

Terima Kasih... sudi sudilah singgah lagi

Terima Kasih... sudi sudilah singgah lagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cutestblog