Nuffnang Ads

Tekan disini untuk menempah pesanan anda

Tekan disini untuk menempah pesanan anda
Mulakan bicara anda dengan memberi salam

Tuesday, November 1, 2011

Dapur Lynda ~ Tempahan Apam PolkaDot

1 November 2011, Selasa, Tarikh yg cantik hari ni. Selamat tinggal Oktober & selamat datang November. Cepat sungguh masa berlalu tak sedar kita dah di penghujung tahun. Assalamualaikum semua.. Apa khabar? Lama tak update blog kerana sibuk sikit dengan tempahan apam polkadot yg terhangat dipasaran & sibuk dengan urusan kehidupan di dunia yg tak akan habis selagi belum tutup mata. Alhamdulillah syukur atas rezeki yg diberi.

31 Oktober 2011, Isnin, pagi lagi dah terima tempahan 50biji apam lagi dari Puan Azleen Abu Bakar, katanya yg semalam dah habis dimakan oleh anaknya, jam 2pm Puan Azleen call nak tambah pesanan lagi 150biji jadi jumlahnya 200bijilah. Ok, esok akan diambil. So malam ni saya perlu siapkan 250biji tempahan, tambahan lagi 50biji dari kawan sepejabat adik saya Adibah Ahmad. Syukur alhamdulillah.
30 Oktober 2011, Ahad, malam tadi terima pesanan Apam 50biji. Hari ni jam 8am dah siap sedia untuk membuatnya. Customer call lagi minta tambahan lagi 50biji jadi jumlahnya 100biji yg perlu disiapkan sebelum kul 11am. Nasib baik tak ikut Mr Hubby pi breakfast kalau tak... tak siap lah order.
Order Puan Azleen Abu Bakar
Fuhh.. selesai siapkan order 100 biji tepat jam 11am untuk Puan Azleen Abu Bakar. Tunggu call dari customer nak ambil dimana. Jam 130pm customer dtg ambil dirumahku.

26 Oktober 2011, Rabu, Hari ni cuti Deepavali, lepas subuh Mr Hubby terima call dari adiknya mengatakan apak sakit kuat minta semua adik beradiknya berkumpul di rumah Kak Pah, aduhai kelam kabut dibuatnya. Jam 830 am keluar ke Bandar Tun Hussein Onn hantar tempahan ke rumah Puan Haliza Hashim. 
Order Puan Haliza Hashim
Selesai.. terus ke Bukit Jalil plak hantar tempahan lagi satu dari Puan Azleen Abu Bakar, janji jam 9am tapi customer sampai jam 10am, aduhai dalam hati ni dok risaukan pak mertua. Tunggula di stesyen LRT tengok orang lalulalang. Apam ni akan dijual di Cafe Upin Ipin Shah Alam.
Order Puan Azleen Abu Bakar
Ingin menempah Kek, Biskut, Muffin, Apam PolkaDot..
Hubungi : 0193713983, email : aslindahmad77@gmail.com, inbox di FB
Saya pasti tidak  akan mengecewakan anda. Insya Allah.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih... sudi sudilah singgah lagi

Terima Kasih... sudi sudilah singgah lagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger

cutestblog