Nuffnang Ads

Tekan disini untuk menempah pesanan anda

Tekan disini untuk menempah pesanan anda
Mulakan bicara anda dengan memberi salam

Monday, March 12, 2012

Dapur Lynda - Tempahan Minggu ke 10 & 11

12 March 2012, Isnin.. Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia buat semua teman-teman d alam maya. Cuaca hari ni nyaman je, redup & sejuk. Alhamdulillah kerana masih diberikan peluang bernafas di muka bumiMu Ya Allah.. Empat hari lepas saya sibuk sibuk sangat dengan tempahan sempena cuti sekolah ni. Ramai yg mengadakan majlis walimatulurus dimana-mana.

Pagi-pagi lagi sudah menghantar tempahan Kek Coklat Kukus kepada pelanggan di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur.. Terima kasih..
Kek coklat kukus yg belum d deko
Kek coklat kukus yg lembut & gebu mengoda anak tekak. Nasib baik buat lebih boleh juga dimakan semasa minum petang. Sedap.. kaya dengan rasa coklat.. Rasanya dah lama juga tak buat kek kukus ni.. Ya lah mana ada masa.. asik asik Apam je yg interframe
Inilah dia Kek Coklat Kukus yg telah siap dihias, beratnya lebih kurang 1.5kg. Sudah selamat dihantar pada Cik empunya..
Kek kukus coklat dalam bekas kecil yg sesuai sebagai doorgift untuk sebarang majlis mahupun keraian.

10 March 2012, Sabtu.. Kepenatan yg tidak terhingga.. Jam 5am tadi baru siap buat Apam Polkadot & Apam bercorak. Pembantu ( 2 orang adik saya & suami ) dah tidur kul 3am tadi. Tinggallah saya seorang diri membungkus ( packing ) & mengambil gambar sebelum dihantar kepada pelanggan jam 10am nanti.
Tempahan 250biji Apam bercorak pelbagai filling yg diterima daripada Nur Hazirah, staff hq The Store, Petaling Jaya. Terima kasih
Tempahan 1000biji Apam Polkadot colourfull yg diterima daripada Puan Zainab Shafie, Bandar Baru Bangi, Selangor sebagai doorgift di majlis perkahwinan  anak perempuannya. Terima kasih

09 March 2012, Jumaat.. Alhamdulillah rezeki Jumaat sentiasa datang.. Syukur Ya Allah padaMu.. Hilang tempahan Apam untuk 900biji, Allah gantikan tempahan 3000biji dalam masa 2 hari. terima kasih yg tidak terhingga Ya Allah Ya Razzak Ya Karim..
Tempahan 1500 biji Apam bercorak pelbagai filling yg diterima daripada Puan Mila Kamaruddin untuk majlis kenduri kahwin abang iparnya di Negeri Sembilan. Terima kasih..
Ini pula tempahan 100biji Apam bercorak yg diterima daripada Puan Raja Sharimah, MARA, Kuala Lumpur. Insiden dihari penghantaran ialah motor suami saya disaman DBKL gara-gara pelanggan yg tak boleh turun amik pesanan di ruang legar bangunan MARA tersebut.. ish ish..

** note : kepada pelanggan semua harap beri kerjasama semasa penghantaran dibuat.
Tempahan 100biji Apam bercorak yg diterima daripada Asdalina Ahmad ( adik saya ) untuk dibawa balik ke Melaka. ( kg suaminya ). Tapi sebelum sampai kampung dalam perjalanan dah habis separuh dimakan oleh anak-anaknya..
Ingin menempah Kek, Muffin, Apam Polkadot
Hubungi : 019 3713983 / 010 7804561, email : aslindahmad77@gmail.com
http://lyndahomemade.blogspot.com
Saya pasti tidak akan mengecewakan anda, Insya Allah..

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih... sudi sudilah singgah lagi

Terima Kasih... sudi sudilah singgah lagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger

cutestblog