Nuffnang Ads

Peace be upon you

Peace be upon you

Tuesday, November 8, 2011

Salam AidilAdha & Sepanjang minggu siapkan tempahan

Allahuakbar..Allah..huakbar..Allah..huakbar..Laillahaillahwah..huwallah huakbar..Allahuakbar walillah ilham.. Salam Aidil Adha buat semua. Hari ni 12 Zulhijjah 1432 Hijrah. Ya Allah murahkan rezekiku & berikan aku peluang untuk menunaikan ibadahku di Tanah Sucimu ya Allah..Amin...amin..

Fuhh.. sepanjang minggu ni saya agak sibuk menyiapkan tempahan yg diterima dari teman-teman d laman muka buku.. Alhamdulillah..

02 November 2011, Rabu, 50biji Apam PolkaDot tempahan daripada rakan sepejabat adik saya di Wisma Zelan, Kuala Lumpur. Terima kasih..
03 November 2011, Khamis, 50biji Apam PolkaDot versi Angry Bird's & Bee's tempahan daripada rakan sepejabat adik saya juga di Wisma Zelan. Beliau juga menempah bread pudding yg belum pernah saya buat tapi saya cuba juga mencari resepi & percubaan pertama saya berjaya & rasanya sedap.. So..lepas ni jika ada sesiapa yg ingin menempahnya boleh la saya ambil tempahan.
Tempahan yg sedia utk dihantar
04 November 2011, Jumaat, tempahan 75biji Apam PolkaDot & Caramel Cake daripada rakan sepejabat adik saya di Wisma Zelan. Terima kasih banyak-banyak kerana ulang kali membuat tempahan.
04 November 2011, Jumaat, menerima lagi tempahan daripada rakan sekolah saya sendiri, Narimah, yg teringin Carrot Cheese Cake & Prune Cake.. Terima kasih Ema sudi menempah lagi..
Alhamdulillah.. rezeki di pagi Jumaat, sudah tersedia untuk dihantar kepada penerima..

05 November 2011, Sabtu, hari ni lepas hantar calon belajar memandu saya terus balik rumah menyiapkan lagi tempahan 100biji Apam PolkaDot daripada Puan Azleen Abu Bakar. Terima kasih kerana tidak jemu-jemu menempah. 
Ini pula tempahan Caramel Cake oleh makcik saya sendiri, 
Caramel Cake yg gebu didalam oven 
Jam 230pm gerak ke Bukit Jalil hantar tempahan lepas tu Bangsar pula. Selesai tugasan.. terus gerak balik ke Bandar Sg Buaya, Rawang rumah mak ayah saya untuk beraya disana esok. Ada tugas lagi disana utk menyediakan juadah raya..

Ingin menempah Kek, Biskut, Muffin, Apam PolkaDot..
Hubungi : 0193713983, email : aslindahmad77@gmail.com, inbox di FB
Saya pasti tidak  akan mengecewakan anda. Insya Allah.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih... sudi sudilah singgah lagi

Terima Kasih... sudi sudilah singgah lagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cutestblog