Nuffnang Ads

Tekan disini untuk menempah pesanan anda

Tekan disini untuk menempah pesanan anda
Mulakan bicara anda dengan memberi salam

Tuesday, January 31, 2012

Dapur Lynda ~ Tempahan Minggu ke 5

Assalamualaikum & Salam sejahtera kepada semua.. Cepat sungguh masa berlalu, hari ni kita sudah berada di penghujung January, berlalu sudah hari kelahiranku..


31 January 2012, Selasa.. pagi ni cuaca sungguh nyaman. Hujan turun membasahi bumi yg melimpahkan beribu rahmat kepada umat manusia. Bila hujan ni mulalah jalanraya jem macam di gam gam. Rasanya macam sekarang juga nak tukar kereta dari manual ke automatik. Sabar jelah..


Tempahan yg perlu dihantar sudah siap duduk dalam kereta tunggu masa je. Lepas breakfast nasi lemak, kuih karipap & nescafe panas. Syukur dengan nikmat makanan yg sedap, alhamdulillah. Kul 10am gerak ke Medan MARA, Kuala Lumpur menghantar tempahan. Dah selesai ke kedai jual barang bakeri pula untuk membeli stok yg banyak dah habis.


Inilah dia 150biji Apam Bercorak & 100biji Apam Plain ( permintaan customer yg nak kan apam colour ori ) pelbagai inti. Permintaan pelanggan harus diutamakan. Terima kasih..
Di atas ni pula, contoh pembungkusan yg sesuai sebagai hadiah mahupun hantaran pertunangan & perkahwinan. Terdapat 30 biji Apam di dalamnya dihiasi reben. Jika anda berminat boleh hubungi saya. Sedia menerima tempahan.


Terima kasih kepada yg menempah. Sudi-sudilah oder lagi & harap berpuas hati.
Ingin menempah Kek, Biskut, Muffin, Apam PolkaDot..
Hubungi : 019 3713983, 010 7804561 email : aslindahmad77@gmail.com
Saya pasti tidak  akan mengecewakan anda. Insya Allah.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih... sudi sudilah singgah lagi

Terima Kasih... sudi sudilah singgah lagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger

cutestblog