Nuffnang Ads

Tekan disini untuk menempah pesanan anda

Tekan disini untuk menempah pesanan anda
Mulakan bicara anda dengan memberi salam

Saturday, September 24, 2011

Dapur Lynda ~ Tempahan

22 September 2011, Khamis, Assalamualaikum semua.. ingatkan hari ni nak balik awal sebab nak siapkan tempahan apam polka dot 250 biji, barang-barang semua dah letak dalam kereta, start enjin dia bunyi tik tik tik, aduhai apasal plak ni, try lagi masih sama juga, call Mr Hubby suh datang tengokkan kereta ni. Nasib baik Mr Hubby tak sibuk. Masuk balik dalam kedai tunggu Mr Hubby datang. Sambil tu call ayah tanya kenapa. Ayah kata mungkin bateri kong. Mr Hubby sampai dia tengok terus ke kedai jual bateri kereta & terus pasang. Alhamdulillah dah ok. Siap-siap terus balik & Mr Hubby pergi kerja semula.

Sampai dirumah keluarkan semua bahan-bahan. Untuk berbuka malam ni Mr Hubby beli aje di pasar malam BTR, Cheras. Tak sempat la nak masak. Buat kerja seorang, nasib baik Adibah balik kerja awal boleh juga tolong.
Tempahan yg telah siap. Ditempah oleh jiran depan rumah mak di Sungai Buaya, Rawang untuk open house pada Sabtu ni sebanyak 200 biji. Satu lagi tempahan diterima dari kawan sepejabat makcik saya di Wangsa Maju sebanyak 50 biji. Pelbagai filling ( oren, blueberry, strawberry & dragon fruit )

23 September 2011, Jumaat, banyak sungguh kerja yang menanti hari ni. Perlu hantar tempahan di dua tempat, perlu ke rumah sewa bayar duit servis, perlu membeli belah lagi barangan bakery & perlu siapkan lagi tempahan kek karemel untuk dihantar esok hari. Tapi syukur kepada ALLAH kerana murahkan rezekiku.
Permukaan bawah kek yg cantik
Caramel Cake yg telah siap
Tempahan yg perlu dihantar
 Setelah dipost di Facebook saya menerima tempahan dari rakan sekolah lama yg lebih 15tahun tidak bertemu. Sambil menunggu kek masak, saya online jengguk FB singgah tengok blog, terima mesej dari FB untuk tempahan lagi kek karemel. Ramai juga peminat kek ni. Alhamdullillah. 


Ingin menempah Kek, Biskut, Muffin, Apam...
Hubungi : 0193713983, email : aslindahmad77@gmail.com, inbox di FB
Saya pasti tidak akan mengecewakan anda.. Insya Allah..

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih... sudi sudilah singgah lagi

Terima Kasih... sudi sudilah singgah lagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger

cutestblog