Nuffnang Ads

Tekan disini untuk menempah pesanan anda

Tekan disini untuk menempah pesanan anda
Mulakan bicara anda dengan memberi salam

Thursday, April 19, 2012

Dapur Lynda ~ Tempahan Minggu ke 15

19 April 2012, Khamis.. Assalamualaikum & Salam sejahtera buat semua pengunjung blog saya. Hampir 2 minggu tak update blog. Tak ada mood nak update.. huhu!! Tapi untuk berniaga sentiasa ada mood :).. Alhamdulillah masih diberikan nafas untuk bernyawa di muka bumi Allah ini. Semoga Allah memberikan saya kesihatan yg sempurna, dilimpahi rezeki yg diberkati.. Amin.. amin..
Regular customer lapis cheese.. Ini kali ke 3, Puan Wany Kamis menempah Marie Lapis Cheese Blueberry. Kali ni oder 2 bekas plak. Terima kasih dik..

16 April 2012, Isnin.. 50biji tempahan Apam Bercorak & Polkadot pelbagai filling yg diterima daripada Cik Syida, Menara UOA, Jln Dungun, KL. Terima kasih..
14 April 2012, Sabtu.. Pagi ni sibuk dengan calon yg nak hadiri ujian & bengkel. Jam 810am saya dah sampai di premis menunggu calon datang. Di bawah ini adalah tempahan Marie lapis cheese topping blueberry yg diterima daripada kawan Puan Wany Kamis, Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Terima kasih.. Return customer yg suka pada cheese..
Tempahan kek kukus coklat yg dibatalkan pada hari yg nak dihantar. Katanya dia sudah BBM saya hari Khamis tapi takda mesej yg masuk. Kalau tak dapat BBM, sms lah dik ooi.. Adoyai.. customer!! Teringat yg saya pernah janji pada seorang adik yg bekerja  di EmiQ, Cahaya Suria, KL. Lalu diberikan padanya sebagai tanda terima kasih sebab tolong saya angkat kotak 48botol air mineral anugerah tempoh hari.

13 April 2012, Jumaat.. Siap sudah semua tempahan yg perlu dihantar hari ni kepada yang menempah. Terima kasih banyak.
 Tempahan 100biji Apam Bercorak pelbagai filling yg diterima daripada staff Hq The Store, Petaling Jaya
 Tempahan 50biji Apam bercorak pelbagai filling yg diterima daripada Cik Syida Ahmad, Menara UOA, Jln Dungun, KL
 Tempahan 150biji Apam bercorak pelbagai filling yg juga diterima daripada staff Hq The Store, Petaling Jaya
Tempahan 50biji Apam bercorak filling coklat yg diterima daripada staff MARA, Kuala Lumpur. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah..


Menanti panggilan dari pelanggan untuk mengambil tempahannya di rumah saya. Tempahan 20biji Muffin Choc Chip saiz M yg diterima daripada Puan Haliza Hashim, Tmn Megah, Cheras. Terima kasih Yong, selamat bercuti bersama keluarga.
Dibawah ini ialah muffin choc chip dalam cup saiz L
 Ini pula contoh pembungkusan untuk diberi sebagai doorgift majlis kenduri kahwin atau sebagainya.
Ingin menempah Kek, Muffin, CupCake, Apam Polkadot, Cheese Tart
Hubungi : 019 3713983 / 010 7804561, email : aslindahmad77@gmail.com
http://lyndahomemade.blogspot.com
Saya pasti tidak akan mengecewakan anda, Insya Allah..

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih... sudi sudilah singgah lagi

Terima Kasih... sudi sudilah singgah lagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger

cutestblog