Nuffnang Ads

Tekan disini untuk menempah pesanan anda

Tekan disini untuk menempah pesanan anda
Mulakan bicara anda dengan memberi salam

Tuesday, December 27, 2011

Dapur Lynda ~ Tempahan Apam PolkaDot & Carrot Cake di hujung minggu

27 Disember 2011, Selasa, Assalamualaikum.. macam mana hujung minggu anda?? Seronok kan bercuti bersama family.. Saya bercuti balik ke rumah mak ayah la di Rawang.. Jumpa mak, ayah, adik beradik & anak-anak buah.. Semalam petang dah balik ke rumah sendiri sebab hari ni sudah mula bekerja.. Tak bole cuti lama-lama nanti customer lari susah plak.. Sunyi aje di kedaiku, jiran sebelah cuti hingga hujung bulan.

Minggu lepas dapat mesej di facebook adalah hamba Allah ni nak suruh buatkan apam 900biji untuk customernya sebab dia sibuk dengan tempahan kek yg banyak. Oklah saya ambil oder tersebut. Saya pun dah siap pergi beli barang-barang untuk tempahan tersebut. Pagi ni hati saya tak sedap sms la ke hp hamba Allah ni.. tau apa jawapannya
" Sorry tau ekin dah pass kat kak zuraidah buatkan.." kalau dah tak jadi tu tak bole ke di mesej..

Aduhai geramnya.. kalau bagitau awalkan senang tak la tertunggu-tunggu & tak la saya beli barang banyak.. Dah bukan rezeki saya.. Tak pelah hari ni dia buat saya macam tu esok-esok orang lain plak buat kat dia.. Sekarang ni semua dibayar cash apa nak susahkan.. Tak pe la semoga Allah limpahkan rezeki lagi pada saya.. amin..amin..

26 Disember 2011, Isnin, siapkan Carrot Cake tempahan sepupu saya untuk sambutan birthday abahnya. Birthday pakcik saya pada 1 january tapi anak-anaknya nak sambut awal bersama dirumah mak saya. Jam 930pm mereka sampai dirumah mak tapi saya sudah balik hanya tinggalkan kek yg ditempah, tak dapatlah jumpa.. Simple deko. Happy birthday pakcik Halim ( adik mak no 2 lelaki tunggal daripada 4 beradik ). Semoga sihat-sihat selalu di samping anak-anak & cucu tersayang.
1.5kg Carrot Cake with Capucinno Cream Cheese
Carrot Cake belum dibalut cream
24 Disember 2011, Sabtu, tempahan 50biji Apam polkadot colourfull daripada Puan Rahmah, staff Imkeda batu 9, Cheras. Terima kasih..
 
22 Disember 2011, Khamis, tempahan 100biji Apam polkadot colourfull yg diterima daripada jiran mak saya, Puan Manisah, di Bandar Sg Buaya, Rawang. Terima kasih.. 
Ini pula tempahan 50biji Apam polkadot colourfull yg diterima daripada Puan Zainab staff Imkeda batu 9, Cheras. Terima kasih.. 
Terima kasih kepada yg menempah. Sudi-sudilah oder lagi & harap berpuas hati.
Ingin menempah Kek, Biskut, Muffin, Apam PolkaDot..
Hubungi : 0193713983
Saya pasti tidak  akan mengecewakan anda. Insya Allah.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih... sudi sudilah singgah lagi

Terima Kasih... sudi sudilah singgah lagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger

cutestblog