Nuffnang Ads

Peace be upon you

Peace be upon you

Monday, May 14, 2012

Dapur Lynda ~ Tempahan Minggu ke 19

Assalamualaikum & Salam sejahtera buat anda semua.. 
Apa khabar?? Diharapkan sentiasa bahagia di samping keluarga, anak-anak & kerjaya anda. Tidak terlambatkan untuk saya mengucapkan Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu di dunia ini & juga kepada Mak saya Che Siha Abdul Aziz. Semoga mak sentiasa sihat dalam meneruskan kehidupan akan datang & sembuh dengan sempurnanya. Amin..amin.. Along saya mak dunia akhirat.. Apa jua panggilan yg anak-anak anda panggil ianya tetap sama.


14 Mei 2012, Isnin.. Tempahan 100biji Apam Polkadot & Apam bercorak yg diterima daripada regular customer saya, Cik Syida Ahmad, Jln Dungun KL. Terima kasih..
13 Mei 2012, Ahad.. Puas rasa hati saya sebab dapat menyiapkan semua tempahan minggu ni dengan jayanya yg diusahakan sendirian dirumah. Alhamdulillah.. syukur juga atas rezeki yg Allah berikan.
Tempahan 100biji Apam bercorak, 1kg Chocolate Moist Cake with edible image & Caramel Cake yg diterima daripada Cik Rodziah Sallehudin, Jln Pahang, KL untuk majlis ulangtahun kelahiran anak buahnya. Terima kasih..


12 Mei 2012, Sabtu.. Sedia menghantar tempahan 200biji Apam bercorak yg diterima daripada Puan Ain Awaluddin, Pantai Dalam KL untuk majlis cukur jambul anaknya. Terima kasih.. 
Dalam kekalutan menunggu pos laju hantar tempahan edible image, risau sangat kalau tak sampai habislah apa nak jawab pada pelanggan. Ting tong.. bunyi loceng di pintu.. Alhamdulillah sampai juga pesanan saya. Lega rasanya.. jom deko pula.. jap lagi sebelum 430pm nak hantar ke pelanggan. 
Tempahan 4kg Chocolate Moist Cake with edible image yg diterima daripada Puan Suria Haji Ismail, Kg Kerinchi KL. Terima kasih.. Happy birthday juga untuk Qistina Dayana & Nur Zulaikha. Semoga menjadi anak-anak yg solehah pada Ibu Ayahnya.


10 Mei 2012, Khamis.. Tempahan 100biji Apam Polkadot & Apam bercorak yg diterima daripada Cik Syida Ahmad, Jln Dungun, KL.. Terima kasih..
Selepas hantar tempahan Syida, hantar pula tempahan Puan Narimah Hussin di Bangsar, 50biji Apam Bercorak letak dalam bungkusan untuk diberikan kepada sahabatnya. Terima kasih..
Ingin menempah Kek, Muffin, CupCake, Apam Polkadot, Cheese Tart, Dessert...
Hubungi : 019 3713983 / 010 7804561, email : aslindahmad77@gmail.com
http://lyndahomemade.blogspot.com
Saya pasti tidak akan mengecewakan anda, Insya Allah..

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih... sudi sudilah singgah lagi

Terima Kasih... sudi sudilah singgah lagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cutestblog