Nuffnang Ads

Tekan disini untuk menempah pesanan anda

Tekan disini untuk menempah pesanan anda
Mulakan bicara anda dengan memberi salam

Saturday, November 19, 2011

Dapur Lynda ~ Tempahan

18 November 2011, Jumaat, hari ni saya cuti kedai tak buka sepatutnya kena balik Sungai Buaya, Rawang tengok mak.. Masak.. buatlah apa yg patut disana.. Ada tempahan yg perlu disiapkan terpaksalah cancel balik sana. Pagi ke Bake with Yen dulu beli barang sikit, breakfast + lunch di Q Bistro, Tasik Permaisuri. Sampai rumah sidai kain baju dulu yg sudah dibasuh sebelum keluar rumah pagi tadi. Online kejap kot-kot ada mesej di laman muka buku. Jam 12 pm baru mula bekerja. Mula-mula buat kek karamel dulu. 1230pm hujan turun lebatnya dengan kilat petir. Takutnya..
Siap sudah kek karamel tempahan daripada Aida teman sepejabat adik saya, esok akan dihantar ke Penara Apartmen, depan rumah saya. Terima kasih..
Ini pula tempahan kek karamel daripada teman sekolah saya Normah Ismail, saiz 10 inci berat 2kg, kek yg belum dideko lagi. Saya tak berapa kreatif nak mendeko. Tangan masih keras. Lagipun belum habis menuntut ilmu mendeko diatas kek. Insya Allah satu hari nanti saya akan ke kelas deko kek plak untuk mantapkan skill..
Hasilnya yg tidak seberapa ini, harap Normah berpuashati ya.. Selamat hari lahir buat anaknya ' Nur Insyira Safiyah ' dari Auntie Linda. Semoga menjadi anak yg solehah dunia akhirat.. Amin..
Ini juga tempahan Normah juga, Apam PolkaDot & Apam bercorak Angry Birds 100 biji. Pelbagai filling. Terima kasih, lebih kurang minta halal ya.. :)
Jam 10pm siap sudah tempahan, siap sedia untuk diambil oleh tuan punya.. Terima kasih sekali lagi.
Ingin menempah Kek, Biskut, Muffin, Apam PolkaDot..
Hubungi : 0193713983, email : aslindahmad77@gmail.com, inbox di FB
Saya pasti tidak  akan mengecewakan anda. Insya Allah.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih... sudi sudilah singgah lagi

Terima Kasih... sudi sudilah singgah lagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger

cutestblog