Nuffnang Ads

Tekan disini untuk menempah pesanan anda

Tekan disini untuk menempah pesanan anda
Mulakan bicara anda dengan memberi salam

Saturday, December 31, 2011

Dapur Lynda ~ Tempahan di akhir tahun

30 Disember 2011, Jumaat.. Alhamdulillah rezeki pagi jumaat. Tempahan carrot cheese cake yg diterima daripada Puan Dara Fiona Muhamad, Universiti Malaya, KL. Terima kasih..
Carrot Cheese Cake saiz 10x10 inci berat 2kg.
Ini pula kek yg sama cuma saiz berbeza. Saiz 7x7 inci berat 750gram. Tempahan last minit daripada Puan Suhanizam Hadi, Bandar Sri Permaisuri, Cheras. Terima kasih..

31 Disember 2011, Sabtu, menghantar tempahan 100biji Apam Polkadot colourfull ke Bukit Jalil daripada pelanggan tetap saya, Aunty Azleen Abu Bakar, terima kasih aunty & tidak lupa juga dengan ucapan selamat ulangtahun kelahiran yg ke... ( lupa plak nak tanya :) )
Apam Bercorak pusing yg saja saya buat untuk koleksi.. So kalau ada yg nak order boleh la.. Apam yg sama cuma rupanya aje yg beza.
Apam ladybird's yg baru keluar dari kukusan. Gebu aje.. cantik kan!!!
Terima kasih kepada yg menempah. Sudi-sudilah oder lagi & harap berpuas hati.
Ingin menempah Kek, Biskut, Muffin, Apam PolkaDot..
Hubungi : 019 3713983, email : aslindahmad77@gmail.com
Saya pasti tidak  akan mengecewakan anda. Insya Allah.

Tuesday, December 27, 2011

Dapur Lynda ~ Tempahan Apam PolkaDot & Carrot Cake di hujung minggu

27 Disember 2011, Selasa, Assalamualaikum.. macam mana hujung minggu anda?? Seronok kan bercuti bersama family.. Saya bercuti balik ke rumah mak ayah la di Rawang.. Jumpa mak, ayah, adik beradik & anak-anak buah.. Semalam petang dah balik ke rumah sendiri sebab hari ni sudah mula bekerja.. Tak bole cuti lama-lama nanti customer lari susah plak.. Sunyi aje di kedaiku, jiran sebelah cuti hingga hujung bulan.

Minggu lepas dapat mesej di facebook adalah hamba Allah ni nak suruh buatkan apam 900biji untuk customernya sebab dia sibuk dengan tempahan kek yg banyak. Oklah saya ambil oder tersebut. Saya pun dah siap pergi beli barang-barang untuk tempahan tersebut. Pagi ni hati saya tak sedap sms la ke hp hamba Allah ni.. tau apa jawapannya
" Sorry tau ekin dah pass kat kak zuraidah buatkan.." kalau dah tak jadi tu tak bole ke di mesej..

Aduhai geramnya.. kalau bagitau awalkan senang tak la tertunggu-tunggu & tak la saya beli barang banyak.. Dah bukan rezeki saya.. Tak pelah hari ni dia buat saya macam tu esok-esok orang lain plak buat kat dia.. Sekarang ni semua dibayar cash apa nak susahkan.. Tak pe la semoga Allah limpahkan rezeki lagi pada saya.. amin..amin..

26 Disember 2011, Isnin, siapkan Carrot Cake tempahan sepupu saya untuk sambutan birthday abahnya. Birthday pakcik saya pada 1 january tapi anak-anaknya nak sambut awal bersama dirumah mak saya. Jam 930pm mereka sampai dirumah mak tapi saya sudah balik hanya tinggalkan kek yg ditempah, tak dapatlah jumpa.. Simple deko. Happy birthday pakcik Halim ( adik mak no 2 lelaki tunggal daripada 4 beradik ). Semoga sihat-sihat selalu di samping anak-anak & cucu tersayang.
1.5kg Carrot Cake with Capucinno Cream Cheese
Carrot Cake belum dibalut cream
24 Disember 2011, Sabtu, tempahan 50biji Apam polkadot colourfull daripada Puan Rahmah, staff Imkeda batu 9, Cheras. Terima kasih..
 
22 Disember 2011, Khamis, tempahan 100biji Apam polkadot colourfull yg diterima daripada jiran mak saya, Puan Manisah, di Bandar Sg Buaya, Rawang. Terima kasih.. 
Ini pula tempahan 50biji Apam polkadot colourfull yg diterima daripada Puan Zainab staff Imkeda batu 9, Cheras. Terima kasih.. 
Terima kasih kepada yg menempah. Sudi-sudilah oder lagi & harap berpuas hati.
Ingin menempah Kek, Biskut, Muffin, Apam PolkaDot..
Hubungi : 0193713983
Saya pasti tidak  akan mengecewakan anda. Insya Allah.

Monday, December 19, 2011

Dapur Lynda ~ Tempahan Apam PolkaDot

18 Disember 2011, Ahad.. Pagi ni ke Bukit Jalil hantar tempahan 150biji Apam Bercorak yg diterima daripada pelanggan tetap saya Aunty Azleen Abu Bakar untuk birthday party di LaBoutique Caffe Upin Ipin. Terima kasih..
Ingin menempah Kek, Biskut, Muffin, Apam PolkaDot..
Hubungi : 0193713983, email : aslindahmad77@gmail.com, inbox di FB
Saya pasti tidak  akan mengecewakan anda. Insya Allah.

Saturday, December 17, 2011

Dapur Lynda ~ Tempahan Apam PolkaDot

17 Disember 2011, Sabtu, pagi ni ada temujanji di www.tajirispa.com Melawati bersama adik saya, Adibah Ahmad, untuk pakej massage, scrub & sauna. Harga pakej RM 327 tapi dapat voucher diskaun so harga pakej RM 99, puas hati. Tempatnya cantik, massage pun sedap. Terapi selama 1 1/2 jam. Dapatlah manjakan diri. Lainkali boleh ke sana lagi.

16 Disember 2011, Jumaat,
 
 Tempahan Apam Bercorak yg diterima daripada sepupu saya Atiqah Mohamad untuk anak buahnya Aliff & Aqilah.. Apam tanpa intinya sebab budak-budak kurang makan isinya.. yg lebihnya nanti diberi pada ayahnya..
Tempahan 50 biji Apam Bercorak yg diterima daripada sahabat saya Rina Zainuddin di Cheras, KL, untuk hantaran sahabatnya.
Tempahan yg sudah siap untuk diambil oleh Puan empunya diri. Terima kasih. sudi-sudilah order lagi.

Ingin menempah Kek, Biskut, Muffin, Apam PolkaDot..
Hubungi : 0193713983
Saya pasti tidak  akan mengecewakan anda. Insya Allah.

Saturday, December 3, 2011

Anniversary & Tempahan Apam Colourfull

3 Disember 2011, Sabtu, 6tahun lepas pada tarikh & hari yg sama, saya bernikah dengan En. Sulaiman Shamsuddin di Bandar Sg Buaya, Rawang. Hari ni ulangtahun ke 6 perkahwinan kami. Syukur alhamdullillah. Jodoh masih panjang. Fasa pertama perkahwinan sudah berlalu. Semoga Allah memberikan kami kasih sayang yg abadi hingga hujung nyawa sampai ke syurga. Amin..amin ya rabbal alamin.. Banyak dugaan & cabaran hidup berumahtangga. Semoga ia mematangkan saya untuk menghadapi masa depan. Insya Allah.

Pagi ni ke Bukit Jalil lagi menghantar tempahan regular customer Puan Azleen Abu Bakar sebanyak 250 biji apam polkadot colourfull. Aunty Leen order bagi pihak kawannya. Untuk dijadikan hantaran pertunangan anak tuan punya Upin Ipin. Terima kasih. 
2 Disember 2011, Jumaat, pagi ni menghantar tempahan ke KL Centrel sebanyak 150 biji apam polkadot colourfull daripada Puan Azlina Abd Wahab, rakan sekolah saya di Assunta, PJ. Terima kasih..
1 Disember 2011, Khamis, november sudah berlalu disember muncul. Syukur alhamdulillah november memberikan ku rezeki. Semoga disember juga begitu. Amin..

Ingin menempah Kek, Biskut, Muffin, Apam PolkaDot..
Hubungi : 0193713983, email : aslindahmad77@gmail.com, inbox di FB
Saya pasti tidak  akan mengecewakan anda. Insya Allah.

Terima Kasih... sudi sudilah singgah lagi

Terima Kasih... sudi sudilah singgah lagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger

cutestblog