Nuffnang Ads

Tekan disini untuk menempah pesanan anda

Tekan disini untuk menempah pesanan anda
Mulakan bicara anda dengan memberi salam

Thursday, October 20, 2011

Dapur Lynda ~ Tempahan Apam Polkadot

20 Oktober 2011, Khamis, Assalamualaikum.. Hujan saja hari ni dari petang tadi sampai malam. Semasa update blog ni pun hujan masih turun. Semalam menerima tempahan daripada kawan sepejabat adik saya ( Adibah Ahmad ), apam polkadot 100 biji. Alhamdulillah. Balik kerja tadi lepas solat Asar terus menjalankan tugas. Jam 8pm tadi dah siap semuanya. Terima kasih kepada Mila Kamaruddin. Sudi-sudilah order lagi.

Oklah sampai sini saje untuk hari ni, jam dah kul 1130pm, masa untuk beradu.

21 Oktober 2011, Jumaat, Assalamualaikum & selamat hari Jumaat pada semua. Hari ni saya cuti. Kedai tutup. Biasalah aktiviti hari Jumaat adalah balik ke rumah Mak Ayah di Bandar Sg Buaya, Rawang. Kalau tak balik nanti ayah marah plak. Semenjak mak kena strok ni tiap-tiap minggu perlu balik jenguk mak, masak untuk lunch & kemaskan rumah apa yg patut. Kalau tak da hal penting baliklah sana. 


Jam 830am tadi terima call dari rakan sekolah Assunta nak order apam polkadot 100 biji untuk event di pejabatnya petang ni. Alamak macam mana ni... Semalam dah buat ada lagi bakinya sekotak ( 50biji ). Kalau tak kemana-mana memang saya ambil order tapi.. Tak pelah Azlina pun kata ok dia ambil 50biji. Lagipun dia tau order last minit. Itupun nasib baik ada. Ok deal kejab lagi saya hantar dipejabatnya di KL Sentral. 


Pastu boleh terus balik Rawang. Alhamdulillah rezeki di pagi Jumaat. Pertemuan dengan rakan lama. Dalam perjalanan di pekan Rawang ada lagi yg call nak Apam tu, tapi minta maaflah saya ada tugas lagi penting di rumah Mak Ayah. Kalau nak ambil esoknya boleh la saya buatkan malam ni. Customer pun memahami bulan depan dia order lagi.
Ingin menempah Kek, Biskut, Muffin, Apam PolkaDot..
Hubungi : 0193713983, email : aslindahmad77@gmail.com, inbox di FB
Saya pasti tidak  akan mengecewakan anda. Insya Allah.

Wednesday, October 19, 2011

Dapur Lynda ~ Tempahan Apam

19 Oktober 2011, Rabu.. Apam PolkaDot ini dibuat untuk jualan Hari Usahawan di UPM, Serdang. Adik saya yg bongsu ( Asma Nabilah Ahmad ) menyertai program tersebut bersama teman kolejnya. Saya membuat corak Strawberry, LadyBird & Bee untuk menarik minat pembeli. 4 jenis filling yg diletak dalam apam tersebut. Antaranya strawberry, blueberry, kiwi & oren. Jam 6pm tadi adik saya call mengatakan yg jualan semua habis. Alhamdulillah..
Ingin menempah Kek, Muffin, Biskut, Apam PolkaDot..
Hubungi : 019 3713983, email : aslindahmad77@gmail.com, inbox FB
Saya pasti tidak akan mengecewakan anda. Insya Allah

Friday, October 14, 2011

Dapur Lynda ~ Tempahan Apam Polkadot

13 Oktober 2011, Khamis, tempahan dari rakan sekolah lama, Zulhidawaty yg teringin nak rasa Apam PolkaDot. Dari Johor ke Kuala Lumpur. Terima Kasih.
Ini la rupa dalaman apam berinti dragon fruit
Ingin menempah Kek, Muffin, Biskut, Apam PolkaDot..
Hubungi : 019 3713983, email : aslindahmad77@gmail.com, inbox FB
Saya pasti tidak akan mengecewakan anda. Insya Allah

Terima Kasih... sudi sudilah singgah lagi

Terima Kasih... sudi sudilah singgah lagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger

cutestblog