Nuffnang Ads

Tekan disini untuk menempah pesanan anda

Tekan disini untuk menempah pesanan anda
Mulakan bicara anda dengan memberi salam

Tuesday, March 27, 2012

Dapur Lynda ~ Tempahan MInggu ke 12

25 March 2012, Ahad.. Mini saiz tart shell
Silalah hubungi saya untuk tempahan Cheese Tart
Isi dalam Cheese Tart
24 March 2012, Sabtu, Saya ni suka mencari resepi di blog, google. Memang dah lama juga mencari resepi Carrot Cake ala-ala Secret  Recipe ni. Dah jumpa perap dulu dalam fail, semalam malam baru cuba & inilah jadinya.


Saya memang pernah buat Carrot Cake sebelum ni. Yg dulu tu guna butter yg ini guna minyak jagung, gula perang, serbuk buah pala, serbuk kulit kayu manis tu yg banyak bezanya.
Kek yg baru keluar dari oven panas panas lagi. 1 adunan saiz loyang 7x7"
Saya ni kurang meminati cheese tu yg balut kek ni dengan sedikit cream cheese aje.
Potongan Carrot Walnut Cheese Cake untuk bagi Mr Hubby makan & test.. Yummy !! Sedapnya kata Mr Hubby, rasa sama macam beli kt SR. Alhamdulillah. Petang nanti nak ke SDMC melawat adik ipar yg masuk wad boleh dibawa sekali bagi diorang makan. Sekejap aje habis, anak buah saya cakap " Sedap la Umi ". Adik saya tanya ni bakar ke kukus. Bakar. Rasanya macam kek kukus la sebab moist gitu.


23 March 2012, Jumaat.. 200biji Apam Plain pelbagai inti / filling yg diterima daripada Puan Fiza, staff MARA, Kuala Lumpur. Terima kasih.. Harap Puan lepas ni boleh oder awal sehari sebelumnya.
Ingin menempah Kek, Muffin, CupCake, Apam Polkadot, Cheese Tart
Hubungi : 019 3713983
http://lyndahomemade.blogspot.com
Saya pasti tidak akan mengecewakan anda, Insya Allah..

Monday, March 12, 2012

Dapur Lynda - Tempahan Minggu ke 10 & 11

12 March 2012, Isnin.. Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia buat semua teman-teman d alam maya. Cuaca hari ni nyaman je, redup & sejuk. Alhamdulillah kerana masih diberikan peluang bernafas di muka bumiMu Ya Allah.. Empat hari lepas saya sibuk sibuk sangat dengan tempahan sempena cuti sekolah ni. Ramai yg mengadakan majlis walimatulurus dimana-mana.

Pagi-pagi lagi sudah menghantar tempahan Kek Coklat Kukus kepada pelanggan di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur.. Terima kasih..
Kek coklat kukus yg belum d deko
Kek coklat kukus yg lembut & gebu mengoda anak tekak. Nasib baik buat lebih boleh juga dimakan semasa minum petang. Sedap.. kaya dengan rasa coklat.. Rasanya dah lama juga tak buat kek kukus ni.. Ya lah mana ada masa.. asik asik Apam je yg interframe
Inilah dia Kek Coklat Kukus yg telah siap dihias, beratnya lebih kurang 1.5kg. Sudah selamat dihantar pada Cik empunya..
Kek kukus coklat dalam bekas kecil yg sesuai sebagai doorgift untuk sebarang majlis mahupun keraian.

10 March 2012, Sabtu.. Kepenatan yg tidak terhingga.. Jam 5am tadi baru siap buat Apam Polkadot & Apam bercorak. Pembantu ( 2 orang adik saya & suami ) dah tidur kul 3am tadi. Tinggallah saya seorang diri membungkus ( packing ) & mengambil gambar sebelum dihantar kepada pelanggan jam 10am nanti.
Tempahan 250biji Apam bercorak pelbagai filling yg diterima daripada Nur Hazirah, staff hq The Store, Petaling Jaya. Terima kasih
Tempahan 1000biji Apam Polkadot colourfull yg diterima daripada Puan Zainab Shafie, Bandar Baru Bangi, Selangor sebagai doorgift di majlis perkahwinan  anak perempuannya. Terima kasih

09 March 2012, Jumaat.. Alhamdulillah rezeki Jumaat sentiasa datang.. Syukur Ya Allah padaMu.. Hilang tempahan Apam untuk 900biji, Allah gantikan tempahan 3000biji dalam masa 2 hari. terima kasih yg tidak terhingga Ya Allah Ya Razzak Ya Karim..
Tempahan 1500 biji Apam bercorak pelbagai filling yg diterima daripada Puan Mila Kamaruddin untuk majlis kenduri kahwin abang iparnya di Negeri Sembilan. Terima kasih..
Ini pula tempahan 100biji Apam bercorak yg diterima daripada Puan Raja Sharimah, MARA, Kuala Lumpur. Insiden dihari penghantaran ialah motor suami saya disaman DBKL gara-gara pelanggan yg tak boleh turun amik pesanan di ruang legar bangunan MARA tersebut.. ish ish..

** note : kepada pelanggan semua harap beri kerjasama semasa penghantaran dibuat.
Tempahan 100biji Apam bercorak yg diterima daripada Asdalina Ahmad ( adik saya ) untuk dibawa balik ke Melaka. ( kg suaminya ). Tapi sebelum sampai kampung dalam perjalanan dah habis separuh dimakan oleh anak-anaknya..
Ingin menempah Kek, Muffin, Apam Polkadot
Hubungi : 019 3713983 / 010 7804561, email : aslindahmad77@gmail.com
http://lyndahomemade.blogspot.com
Saya pasti tidak akan mengecewakan anda, Insya Allah..

Wednesday, March 7, 2012

Dapur Lynda ~ Tempahan Minggu ke 10

07 March 2012, Tempahan daripada Wany Kamis, Pantai Dalam, KL.. Lapis Cheese topping blueberry, terima kasih. Semoga menepati citarasa & sudi-sudilah oder lagi..
06 March 2012, tempahan Apam Plain & Apam bercorak pelbagai filling yg diterima daripada staff MARA, Kuala Lumpur. Terima kasih kerana memberi sokongan pada saya untuk terus berniaga.
Ingin menempah Kek, Biskut, Muffin, Apam PolkaDot..
Hubungi : 019 3713983, 010 7804561 email : aslindahmad77@gmail.com
Saya pasti tidak  akan mengecewakan anda. Insya Allah.

Monday, March 5, 2012

Dapur Lynda ~ Tempahan Minggu ke 9

05 March 2012, Isnin.. Assalamualaikum & Selamat tengahari.. Dah lunch?? Saya baru sudah lunch Nasi Ayam. Alhamdulillah kenyang.. sedang update blog Bibik call ( adik Mak saya aka Makcik saya ) memberitahu anaknya Atiqah Mohamad ( sepupu ) dah selamat melahirkan baby sulongnya pagi tadi setelah lewat 4 hari. Tahniah telah bergelar seorang Ibu. Selamat menjalani proses berpantang & jadilah seorang ibu yg sempurna dimata anak anak kamu & didiklah mereka ke jalan Allah yg diredhai. Amin..amin.. Kini sudah 4 orang cucu bibik saya.


03 March 2012 ~ tempahan 2set Apam bercorak yg diterima daripada adik saya, Adibah Ahmad untuk kawannya Najah, semoga cepat sembuh..
 03 March 2012 ~ tempahan 100biji Apam bercorak yg diterima daripada staff HQ The Store, Petaling Jaya. Terima kasih..
02 March 2012~ tempahan 100biji Apam bercorak pelbagai filling yg diterima daripada staff MARA, Kuala Lumpur. Terima kasih..
02 March 2012 ~ tempahan 50biji Apam bercorak pelbagai filling yg diterima daripada Eyra, Petaling Jaya. Terima kasih..
Ingin menempah Kek, Biskut, Muffin, Apam PolkaDot..
Hubungi : 019 3713983, 010 7804561 email : aslindahmad77@gmail.com
Saya pasti tidak  akan mengecewakan anda. Insya Allah.

Terima Kasih... sudi sudilah singgah lagi

Terima Kasih... sudi sudilah singgah lagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger

cutestblog