Nuffnang Ads

Peace be upon you

Peace be upon you

Sunday, June 3, 2012

Hujung Minggu

Assalamualaikum & Salam sejahtera buat semua.. Apa program anda di hujung minggu ni?? Linda dok rumah je.. malas nak keluar ke mana-mana dalam keadaan cuaca yg panas ni.. Dok rumah ni tau je lah macam-macam kerja nak dibuatnya. Dah habis basuh kain baju tuala selimut.. Breakfast Linda masak Nasi Goreng je pastu sambung balik mengemas rumah.. Sambil tengok Melodi d TV3 sambil tulah masak untuk lunch. Menunya Kari ikan bawal & kacang buncis goreng. Alhamdulillah kenyang.. 

Kalau dah landing kat sofa ni mau ter Zzzzzz.... tak bole jadi nie.. malam semalam Linda ada buat kek baldu merah tersimpan dalam peti ais tapi dah separuh habis di makan oleh Mr Hubby. Linda buat 1 adunan je guna loyang 7 inci. Sebenarnya dua minggu lepas Linda ada menghadirkan diri untuk kelas demo kek ni tapi kek yg dibuat oleh Chef tersebut macam tidak menepati citarasa Linda.. so Linda google aje cari resepi lain kek ni.. bahan-bahannya semua sama tapi ada sedikit berlainan dalam resepi Chef tersebut.. Sorryla Chef..  Yg penting Linda nak tahu tips-tipsnya..
 Ini aje yg tinggal untuk di deko dengan cream cheese frosting.
Tadaaaa.. inilah kek baldu merah yg sudah dibalut cream. Cantik tak!!!! Oklah kan..
Buat untuk minum petang tadi.. Kita simpan dulu dalam peti ais ya jap lagi baru boleh potong
Inilah rupanya.. Linda buat 3 lapisan. Potong guna benang je senang sikit & cantik je kalau guna pisau kadang-kadang tu dia senget potongan tak rata. Mr Hubby kata sedap.. Abang lagi suka kalau ada kekacang dalam kek ni lagi sedap.. katanya. Lain kali Linda letak kacang ya Abang. Dari sepotong ke sepotong suamiku makan. Alhamdulillah.. boleh la dibuka untuk jualan.. 

Sedia menerima tempahan anda
Ingin menempah Kek, Muffin, CupCake, Apam Polkadot, Cheese Tart, Dessert...
Hubungi : 019 3713983 / 010 7804561, email : aslindahmad77@gmail.com
http://lyndahomemade.blogspot.com
Saya pasti tidak akan mengecewakan anda, Insya Allah..

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih... sudi sudilah singgah lagi

Terima Kasih... sudi sudilah singgah lagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cutestblog